Thursday, November 11, 2010

Alhamdulillah

Alhamdulillah... syukur kepada Allah SWT... akhirnya doaku dimakbulkan oleh-Nya...

sebelum ni sy sangat risau akan penurunan prestasi anak sulung sy dalam subjek Matematik... nak kata dia tak pandai... boleh la... tp bila sampai subjek matematik dia cepat jd confius... walhal tika ini dia baru darjah 2... sgt susah hati sy... akhirnya pada exam hujung tahun baru ni... sy dan suami berusaha lebih utk duduk disebelahnya.. ajar bagaimana untuk menolak, menambah, darab dan sebagainya... selepas solat maghrib (waktu persekolahan) sy akan bergilir dgn suami utk mengajarnya... kadang2 timbul rasa geram bila dia xdpt menjawabnya tp bila difikirkan semula, maybe cara sy @ ayahnya belajar matematik dulu lain.. dan pendekatan guru skrg juga lain...
alhamdulilah sekali lagi.. keputusan exam hujung tahun mencatatkan markah yg sgt2 memberansangkan... kesemua mata pelajaran dia dapat A...
dan sy menerima berita gembira darinya mengatakan dia terpilih untuk menerima Anugerah Kecemerlangan (Bahasa Melayu Pemahaman) untuk keseluruhan darjah 2... bangga dan bersyukur sy dan suami dengan dia...

"ibu ngan ayah jangan lupa datang tau... MESTI tengok kakak amik hadiah...
kalau tak kakak sedih...!"



berulang kali dia ingatkan kami... semasa majlis penganugerahan ini... hari untuk murid2 darjah 6 menerima keputusan UPSR... semasa guru besar sekolah mengumumkan keputusan yg peratusnya meningkat tiba2 sy rasa sebak dan hampir mengangis... eh.. kenapa sy pulak yg sedih??!!! walhal anak sy ada masa 4 tahun lagi untuk menduduki UPSR... bukannya apa, sy juga dapat merasa bagaimana perasaan ibubapa yg berdebar2 menunggu result anak2 mereka... Insyaallah.. jika Allah SWT panjangkan umur sy.. dptla sy merasa situasi yg mereka hadapi... apapun yg penting sy kena pastikan anak2 sy belajar dengan bersungguh2 sedari awal... harap impian sy terlaksana! Insyaallah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...